Setiap Muslim yang mengerti keadaan Syurga dan Neraka tentunya sangat
berharap untuk dapat menjadi penghuni Syurga dan terhindar jauh dari
Neraka, inilah fitrah.
Membicarakan tentang Neraka dan
penghuninya, yang mana mayoritas penghuninya adalah wanita kerana
sebab-sebab yang akan dijelaskan nanti.
Sebelum kita mengenal wanita-wanita
penghuni Neraka alangkah baiknya jika kita menoleh kepada
peringatan-peringatan Allah SWT di dalam Al Quran tentang Neraka dan
azab yang tersedia di dalamnya dan perintah untuk menjaga diri
daripadanya.
Allah s.w.t. berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At Tahrim ayat 6)
Imam At-Tobari (rahimahu ‘Llah)
menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu amalan
ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari Neraka.”
Ibnu Abbas r.a juga mentafsirkan ayat ini :
“Beramallah kamu dengan ketaatan kepada Allah, takutlah kamu untuk bermaksiat kepadaNya dan perintahkan keluarga kamu untuk berzikir, nescaya Allah menyelamatkan kamu dari Neraka.”
Masih banyak tafsir para sahabat dan
ulama lainnya yang menganjurkan kita untuk menjaga diri dan keluarga
dari Neraka dengan mengerjakan amalan soleh dan menjauhi maksiat kepada
Allah s.w.t.
Di dalam surah lainnya Allah s.w.t. berfirmanyang bermaksud :
“Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Surah Al Baqarah ayat 24)
Sahabat yang dimuliakan, Begitu pula
dengan ayat-ayat lainnya yang juga menjelaskan keadaan Neraka dan
perintah untuk menjaga diri daripadanya.
Kedahsyatan dan kengerian Neraka juga
dinyatakan Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sahih dari Abu Hurairah
r.a bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
“Api kamu yang dinyalakan oleh anak cucu Adam ini hanyalah satu bahagian dari 70 bahagian Neraka Jahanam.”
Jikalau api dunia saja dapat
menghanguskan tubuh kita, bagaimana dengan api Neraka yang panasnya 70
kali ganda dibandingkan dengan panas api dunia? Semoga Allah S.W.T.
menyelamatkan kita dari api Neraka.
WANITA PENGHUNI NERAKA
اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ
أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ
أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاء (رواه البخاري 3241 ومسلم2737)
“Aku diperlihatkan di surga. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” (HR. Bukhari, 3241 dan Muslim, 2737)
Hadis ini menjelaskan kepada kita apa
yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w tentang penghuni Syurga yang
mayoritas adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka yang mayoritas
penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis ini tidak menjelaskan
sebab-sebab yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Neraka dan
menjadi majoriti penghuninya, namun demikian sebab-sebab tersebut
disebutkan dalam hadis lainnya.
Adapun
sebabnya, Nabi sallallahu’alaihi wa sallam ditanya tentang hal itu,
lalu beliau menjelaskan dalam riwayat Abdullah bin Abbas
radhiallahu’anhuma, dia berkata, Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam
bersabda,
َأُرِيتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ مَنْظَرًا كَالْيَوْمِ
قَطُّ أَفْظَعَ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ ، قَالُوا :
بِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ : بِكُفْرِهِنَّ ، قِيلَ : يَكْفُرْنَ
بِاللَّهِ ، قَالَ : يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ لَوْ
أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ كُلَّهُ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ
شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ (رواه البخاري، رقم 1052) .
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian
tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka
kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya,
kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk
Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh
didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim
dan Ahmad)
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)
Jika kita perhatikan keterangan dan
hadith di atas dengan insaf, nescaya kita akan dapati beberapa sebab
yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka bahkan menjadi majoriti
penghuniya dan yang menyebabkan mereka menjadi golongan minoriti dari
penghuni Syurga.
1. KUFUR TERHADAP SUAMI dan KEBAIKAN-KEBAIKANNYA :
Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini
pada sabda baginda di atas tadi. Kekufuran seumpama ini terlalu banyak
kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin, iaitu seorang
isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu
yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak
isteri sebagaimana kata pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan
sehari’. Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah
bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri
kebaikan-kebaikan suami kerana Allah s.w.t. tidak akan melihat isteri
seumpama ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah s.a.w :
“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”
(Hadis Riwayat Nasaie)
Hadis di atas adalah peringatan keras
bagi kaum wanita muslimah yang menginginkan keredhaan Allah s.w.t. dan
SyurgaNya. Maka tidak layaklah bagi wanita yang mengharapkan akhirat
untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan suaminya dan nikmat-nikmat yang
diberikannya atau meminta dan banyak mengadukan hal-hal kekurangan yang
tidak sepatutnya untuk diperbesar-besarkan.
Jika sedemikian keadaannya, maka sangat
tidak sesuai sekali jika wanita yang kufur terhadap suaminya serta
kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w sebagai majoriti kaum
yang masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak kekal didalamnya.
Cukup sekiranya isteri-isteri Rasulullah
s.a.w dan para sohabiyah sebagai suri tauladan bagi isteri-isteri kaum
muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan yang diberikan suaminya
kepadanya.
2. DURHAKA TERHADAP SUAMI
Kedurhakaan yang dilakukan seorang
isteri terhadap suaminya pada umumnya berupa tiga bentuk kedurhakaan
yang sering kita jumpai pada kehidupan masyarakat kaum Muslimin. Tiga
bentuk kedurhakaan itu adalah :
1. Durhaka dengan ucapan.
2. Durhaka dengan perbuatan.
3. Durhaka dengan ucapan dan perbuatan.
Bentuk pertama ialah seorang isteri yang
biasanya berucap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera
memenuhi panggilannya, tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar
dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya. Atau ia memenuhinya tetapi
dengan wajah yang menunjukkan rasa tidak senang atau lambat mendatangi
suaminya. Kederhakaan seperti ini sering dilakukan seorang isteri ketika
ia lupa atau memang sengaja melupakan ancaman-ancaman Allah terhadap
sikap ini.
Termasuk bentuk kederhakaan ini ialah
apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai
kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan oleh
syara’. Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang bermaksud
untuk menjatuh dan merosak kehormatannya sehingga suaminya dipandang
hina di mata orang lain. Begitu juga apabila seorang isteri meminta
talak atau di khulu’ (dicerai) tanpa sebab syar’i. Atau ia mendakwa
telah dianiaya atau dizalimi suaminya atau lain-lainnya.
Permintaan cerai biasanya di awali
dengan pertengkaran antara suami dan isteri kerana ketidakpuasan isteri
terhadap kebaikan dan usaha suami. Atau yang lebih menyedihkan lagi bila
hal itu dilakukannya kerana suaminya berusaha mengamalkan
syari’at-syari’at Allah s.w.t. dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.
Sungguh hina sekali apa yang dilakukan isteri seperti ini terhadap
suaminya.
Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w :
“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Bentuk kederhakaan kedua yang dilakukan
para isteri terjadi apabila seorang isteri tidak mahu melayani keperluan
batiniyah suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau
menghindari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu
ketika suami hendak mendatanginya dan yang seumpamanya.
Termasuk dari bentuk ini ialah apabila
seorang isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun hanya untuk
mengunjungi kedua orang tuanya. Tindakan ini sebenarnya adalah
seakan-akan seorang isteri lari dari rumah suaminya tanpa sebab syar’ie.
Demikian pula jika isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan)
bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, membuka dan
menampakkan apa yang seharusnya ditutupi dari anggota tubuhnya (aurat),
menerima tetamu tanpa izin suaminya, berjalan di tempat umum dan
pasar-pasar tanpa mahram, bersenda gurau atau berbicara lemah-lembut
penuh mesra kepada lelaki yang bukan mahramnya dan yang lain-lain.
Begiti juga apabila seorang isteri tidak
mau berdandan atau mempercantikkan diri untuk suaminya padahal suaminya
menginginkan hal-hal itu, melakukan puasa sunat tanpa izin suaminya,
meninggalkan hak-hak Allah seperti solat atau puasa Ramadhan.
Maka setiap isteri yang melakukan
perbuatan-perbuatan seperti tersebut adalah isteri yang durhaka terhadap
suami dan telah melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. Jika kedua bentuk
kederhakaan ini dilakukan sekaligus oleh seorang isteri maka ia
dikatakan sebagai isteri yang derhaka dengan ucapan dan perbuatannya.
Sungguh rugi wanita yang melakukan
kederhakaan ini. Mereka lebih memilih jalan ke Neraka daripada jalan ke
Syurga kerana memang biasanya wanita yang melakukan
kederhakaan-kederhakaan ini tergoda oleh angan-angan dan kesenangan
dunia yang menipu.
Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi
dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan
rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali
orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di
hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya
yang sabar menempuhnya.
Ketahuilah pula bahawa jalan menuju ke
Neraka memang indah, penuh dengan syahwat dan kesenangan dunia yang
setiap manusia tertarik untuk menjalaninya. Tetapi ingat dan sedarlah
bahawa Neraka menanti orang-orang yang menjalani jalan ini dan tidak
mahu berpaling darinya semasa ia hidup di dunia.
Hanya wanita yang bijaksanalah yang mahu
bertaubat kepada Allah s.w.t. dan meminta maaf kepada suaminya dari
kederhakaan-kederhakaan yang pernah ia lakukan. Ia akan kembali berusaha
mencintai suaminya dan sabar dalam mentaati perintahnya.
3. TABARRUJ
Yang dimaksud dengan tabarruj ialah
seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya
serta apa-apa yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan
mahramnya.
Hal ini kita dapati pada sabda
Rasulullah s.a.w tentang wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya
telanjang disebabkan pakaian yang mereka pakai tipisnya, berseluar ketat
menampakkan bahagian-bahagian tubuh tertentu, tidak menutup aurat
sebagaimana perintah Allah dan Rasulullah. Sebagaimana yang dihuraikan
oleh Ibnul ‘Abdil Barr rahimahu ‘Llah ketika menjelaskan sabda
Rasulullah s.a.w tersebut. Ibnul ‘Abdil Barr menyatakan :
“Wanita-wanita yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan tubuhnya atapun yang menunjukkan bentuk tubuhnya dan tidak menutupinya, maka mereka adalah wanita-wanita yang berpakaian pada zahirnya dan telanjang pada hakikatnya … .”
Mereka adalah wanita-wanita yang suka
dan amat gembira apabila berjaya menampakkan perhiasan mereka, padahal
Allah s.w.t. telah melarang hal ini dalam firmanNya yang bermaksud :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur ayat 310)
Imam Az-Zahabi rahimahu ‘Llah menyatakan di dalam kitab Al Kabair :
“Termasuk dari perbuatan-perbuatan yang menyebabkan mereka dilaknat ialah menampakkan hiasan emas dan permata yang dipakai oleh mereka, memakai minyak wangi dengan yang seumpanya jika mereka keluar rumah … .”
Dengan perbuatan seperti ini bererti
mereka secara tidak langsung menyeret kaum lelaki ke dalam Neraka,
kerana pada diri kaum wanita terdapat daya tarik syahwat yang sangat
kuat yang dapat menggoncang keimanan yang kukuh sekalipun, apa lagi iman
yang lemah yang tidak dikuatkan dengan ilmu Al Qur’an dan As Sunnah.
Rasulullah sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih bahwa :
“ Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”
Sejarah
sudah membuktikan bahawa betapa banyak tokoh-tokoh dunia yang tidak
beriman kepada Allah s.w.t. hancur hanya disebabkan rayuan wanita.
Bahkan berapa banyak persaudaraan di antara kaum muslimin terputus hanya
disebabkan wanita. Berapa banyak anak yang mendurhakai kepada ibunya
demi mencari cinta seorang wanita, dan masih banyak lagi gejala-gejala
lainnya yang dapat membuktikan bahawa wanita seumpama mereka ini memang
layak untuk tidak mendapatkan wanginya Syurga.
Hanya dengan ucapan dan rayuan seorang
wanita mampu menjerumuskan kaum lelaki ke dalam lembah dosa yang hina,
terlebih lagi jika mereka bersolek dan menampakkan tubuh mereka kepada
kaum lelaki. Tidak menghairankan lagi jika di sana-sini terjadi jenayah
dan kezaliman terhadap kaum wanita, kerana yang demikian adalah hasil
perbuatan mereka sendiri.
Hindarilah tabarruj dan berhiaslah
dengan pakaian yang disaran oleh Islam yang akan menyelamatkan kaum
wanita dari dosa di dunia ini dan azab di akhirat kelak. Jangan diikut
pemikiran sekular pemimpin-pemimpin wanita Islam yang cuba
mempertikaikan hukum-hukum Allah dan mempertikaikan hak-hak wanita yang
telah dinyatakan di dalam al-Qur’an.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah Al Ahzab ayat 33)
Masih banyak sebab-sebab lainnya yang
menyebabkan wanita menjadi penghuni majoriti Neraka. Tetapi cukuplah
dengan tiga sebab ini sahaja yang dijelaskan di sini kerana memang tiga
perkara inilah yang sering kita dapati di dalam kehidupan masyarakat
kita.
Rasulullah s.a.w pernah menerangkan satu
amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab Neraka. Ketika
beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk
bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun
bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan
mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”
Maka berdirilah seorang wanita yang
duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua
pipinya, iapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
[agoezta]
[agoezta]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar